Monday, May 20, 2013

Ketahui Tips Mendapat CPUV (Cost per unique visit) Campaigns Nuffnang

Hye Semua.. Anda masih ingat lagi kepada BE (buffered Earning) sebelum ditukar kepada nama baru CPUV (Cost per unique visit) Campaigns. BE dan CPUV sama cuma nama sahaja berlainan. Jika anda hendak tahu lebih lanjut mengenai CPUV boleh layari web Nuffnang untuk maklumat lanjut.


Tips untuk mendapat BE banyak terdapat di Blogger lain tapi boleh diguna pakai untuk CPUV. Cuma JS ingin mengupas sikit beberapa rahsia Nuffnang yang berjaya disingkap oleh JS sepanjang menggunakan perkhidmatan Nuffnang sebagai sponsor utama untuk blog ini.

JS akan menerangkan secara terperinci rahsia yang boleh menyebabkan kipas susah mati Nuffnang nie naik bengang atau pon marah dengan JS. Antara rahsianya ialah...

1. Traffik yang tinggi bukan syarat utama untuk mendapatkan  CPUV (Cost per unique visit).

Seperti yang ketahui, anda perlu memerlukan traffik yang tinggi untuk mendapatkan  CPUV. Ia sebenarnya tidak kerana jika traffik korang maintain 150 hingga 300 UV sehari pon anda masih boleh dapat iklan CPUV . Cuma jika UV anda melebihi 1000UV sehari memang anda boleh mendapat nilai CPUV yang boleh mencecah RM10 sehari. Tetapi ianya bergantung kepada berapa lama iklan  CPUV itu melepak dekat blog anda.

2. Blog tidak semestinya perlu diupdate setiap hari.

Kalau anda perasan blog-blog seperti blog popular, mereka bukan update blog mereka hari-hari. Tetapi mereka masih dapat iklan  CPUV yang melimpah ruah di blog mereka. Satu rahsianya ialah blog mereka sangat dikenali dan tidak asing di kalangan pengunjung internet di Malaysia. Kalau tak percaya anda mesti kenal mereka. Bukan saja anda tapi kawan anda yang bukan blogger mesti kenal mereka. Disebabkan itulah mereka sering mendapat iklan  CPUV yang lumayan di blog mereka…

3. Backlink merupakan syarat utama untuk mendapatkan iklan CPUV.

Uji kaji ini sememangnya berjaya apabila mengarang entry berkenaan Nuffnang dan tidak memberikan backlink kepada mereka. Dan hasilnya selama 2 bulan blog ini tidak pernah mendapat iklan  CPUV. Jadi ini dapat membuktikan bahawa backlink kepada Nuffnang dapat menjamin blog anda untuk mendapatkan  CPUV.  Tetapi untuk memberikan backlink anda perlu mengubah blog anda menjadi blog DOFOLLOW. Ini kerana blog NOFOLLOW tidak akan memberikan sebarang backlink kepada Nuffnang jika hanya meletakkan link kepada mereka sahaja. Ini kerana blog yang disetkan NOFOLLOW tidak akan membenarkan sebarang spyder untuk crawl blog mereka dan sebarang backlink tidak dapat diberikan. Pentingnya backlink kepada sesebuah website ialah semakin banyak backlink semakin tinggi google pagerank website tersebut dan semakin glamorlah website tersebut di enjin carian google. Bagi syarikat pengiklanan ini merupakan satu cara untuk menarik pengiklan supaya menggunakan khidmat mereka untuk beriklan.

4. Traffik perlulah 100% daripada Malaysia.

Sebarang traffik daripada luar negara tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada iklan CPUV  mereka. Ini keran semua iklan-iklan daripada Nuffnang merupakan iklan daripada dalam Malaysia. Jadi penggunjung-pengunjung daripada luar negara tidak mendatangkan sebarang faedah kepada iklan-iklan yang di jana oleh Nuffnang.

5. Bayaran untuk CPC amat tidak berbaloi.

JS tidak tahu sama ada ini scam ataupun tidak kerana pembayaran bagi setiap klik iklan CPC daripada Nuffnang adalah amat sedikit berbanding daripada Innity. Ini kerana dengan Innity setiap klik iklan boleh medapat beringgit-ringgit berbanding hanya 25 sen sahaja daripada Nuffnang, itupon tidak dapat diketahui 25 sen datang daripada berapa banyak klik.

Ini sahaja yang dapat di kongsikan kepada anda beberapa tips dan juga merupakan rahsia Nuffnang yang kita tidak ambil tahu. Anda yang ingin mendapat keuntungan dari pengiklanan pilihan anda, pastikan anda selidik sebelum menggunakan perkhidmatan iklan terebut. Jangan berharap sebuah blog dapat menjana kekayaan jika blog sekadar blog personal bukannya blog perniagaan.

Untuk maklumat lanjut sila ke link ni : LINK

No comments:

Post a Comment